PPSPM TAWAR DISKAUN 10 PERATUS SEMPENA RXZ MEMBERS RIDE EDITION MELAKA 3.0

Klebang – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan diskaun tiket sebanyak 10 peratus khas buat peserta RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Shaharul Azuar Idris berkata, tawaran diskaun itu bagi meraikan kehadiran peminat motosikal seluruh negara ke Melaka.

Menurut Shaharul Azuar, tawaran itu hanya sah sepanjang dua hari berlangsungnya RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer keroh, pada 12 dan 13 Disember ini.

“Syarat utama untuk menikmati diskaun ini adalah perlu memakai baju RXZ. PPSPM amat mengalu-alukan kehadiran pengunjung khususnya ‘abang-abang’ RXZ ini ke Melaka, sehubungan itu kami menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus.

“Tawaran ini membabitkan tiket Melaka River Cruise, Eco-Cruise Sungai Linggi dan Eco Cruise Tasik Chinchin. Selain datang ke Melaka untuk makan-makan, peminat motosikal ini boleh luangkan ‘healing’ dengan menaiki bot,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Grand Prize RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 2025 yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, di sebuah hotel di Klebang.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Negeri Melaka, Nasrul Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) Nur Azan Hassan.

Selain padat dengan pelbagai aktiviti, penganjuran aktiviti permotoran itu juga dimeriahkan dengan 64 gerai pameran serta jualan melibatkan pelbagai produk.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …