HAK GERAN KHAS 40 PERATUS AKAN DIMUKTAMADKAN TIDAK LAMA LAGI: HAJIJI

MERIAH: Anwar bersama Hajiji semasa di program berkenaan.

KOTA KINABALU: Hak geran khas 40 peratus untuk Sabah akan dimuktamadkan tidak lama lagi berikutan hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yakin dan percaya bahawa hubungan yang rapat dan kukuh bukan sahaja perlu, malah penting untuk memastikan kemajuan berterusan.

“Ini termasuk perkara berkaitan kedaulatan, keselamatan, perpaduan dan kenegaraan.

“Walaupun kita memperjuangkan hak-hak Sabah, kita tidak boleh lupa tanggungjawab kita untuk menjaga kepentingan negara.

“Saya yakin hubungan yang kukuh akan membawa banyak manfaat, termasuklah pemuktamadan obligasi kerajaan Persekutuan berkaitan pembayaran hak hasil 40 peratus untuk Sabah, yang kita harap dapat dimuktamadkan tidak lama lagi demi kebaikan bersama,” katanya pada program Sentuhan Madani yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini pada Sabtu.

Hajiji menegaskan komitmen kerajaan negeri untuk menunaikan tanggungjawab serta mengangkat martabat Sabah dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Matlamat utama kita adalah memacu kemajuan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Setiap perancangan yang dilaksanakan mesti memberi tumpuan kepada kesejahteraan mereka, sama ada secara langsung atau tidak langsung, melalui peningkatan ekonomi dan peluang pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata, mulai tahun depan, dasar pembangunan Sabah akan dipandu oleh pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0.

Katanya, ia termasuk penubuhan tiga taman perindustrian baharu, Taman Perindustrian Industri Ekonomi Biru di Kudat, Taman Perindustrian Minyak dan Gas di Beaufort serta Taman Perindustrian Teknologi Tinggi dan Semikonduktor antara Kota Belud dan Kota Marudu bagi menampung minat pelabur yang semakin meningkat.

Mengulangi komitmen kerajaan negeri dalam menjaga kepentingan rakyat Sabah, Hajiji mengumumkan penambahbaikan program kebajikan sosial.

“Ini termasuk pembinaan 50 unit Rumah Mesra SMJ bagi setiap kawasan DUN untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, di samping bantuan kewangan bulanan RM300 untuk 100,000 penerima tahun depan.

“Bantuan kewangan baharu untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas tanpa pendapatan tetap, serta insentif pembiayaan deposit rumah pertama juga akan diperkenalkan,” katanya.

Hajiji berkata, kerajaan negeri akan menggandakan usaha menaik taraf infrastruktur asas, dengan peruntukan lebih RM1.2 bilion bagi bekalan air, dengan pelaksanaan secara berfasa bermula pertengahan tahun depan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas peruntukan RM765 juta bagi menyiapkan Projek Sabah Southern Link, yang akan menghubungkan grid elektrik Pantai Barat ke Pantai Timur bagi menyelesaikan gangguan bekalan elektrik di kawasan itu.

Dalam pada itu, Hajiji turut memuji pasukan keselamatan atas kerja cemerlang mereka dalam mengekalkan ketenteraman awam sepanjang pilihan raya baru-baru ini.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …