Definisi Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI)
- MGGI mengenal pasti jurang antara wanita dan lelaki dalam empat sub-indeks merangkumi Peluang dan penyertaan ekonomi, Pencapaian pendidikan, Kesihatan dan kehidupan, dan Penguasaan politik. Skor dengan nilai 1.0 (100%) menunjukkan kesaksamaan antara wanita dan lelaki telah dicapai.
- Indeks ini disediakan berdasarkan metodologi daripada Global Gender Gap Index (GGGI) yang diterbitkan oleh World Economic Forum (WEF) menggunakan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan juga beberapa agensi lain di Malaysia. MGGI 2024 terdiri daripada empat sub-indeks dan 14 indikator.
Skor MGGI
- Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) mencatatkan skor 0.708 atau 70.8 peratus pada tahun 2024, meningkat 0.3 mata peratus berbanding 0.705 pada tahun 2023.
- Pencapaian wanita telah melebihi lelaki dalam subindeks Pencapaian pendidikan dengan skor 1.073.
- Subindeks Kesihatan dan kehidupan mencatatkan skor 0.962, diikuti subindeks Peluang dan penyertaan ekonomi (skor 0.703).
- Subindeks Penguasaan politik mencatatkan skor terendah iaitu 0.096 yang menunjukkan wanita masih jauh ketinggalan berbanding lelaki dalam arena politik.
MGGI mengikut negeri
- Tiga negeri teratas yang mencatatkan skor MGGI yang tinggi pada 2024 ialah W.P. Putrajaya (0.774), W.P. Kuala Lumpur (0.773) dan W.P. Labuan (0.750).
- Enam negeri lain yang melepasi tahap nasional (0.708) ialah Kelantan (0.729), Selangor (0.725), Negeri Sembilan (0.724), Perlis dan Perak (0.715) serta Kedah (0.713).
Statistik pemerkasaan wanita
- Dianggarkan 16.2 juta (47.5%) daripada jumlah penduduk Malaysia adalah perempuan daripada keseluruhan 34.1 juta pada tahun 2024.
- Terdapat 200,999 bayi perempuan dilahirkan daripada keseluruhan 414,918 kelahiran hidup pada tahun 2024.
- Kadar kesuburan jumlah (TFR) pada tahun 2024 adalah 1.6 bayi dilahirkan bagi setiap wanita dalam lingkungan umur reproduktif (15-49 tahun).
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia



