INDEKS HARGA PENGELUAR – PENGELUARAN TEMPATAN, OKTOBER 2025 Siaran Terkini : 27 November 2025

Indeks Harga Pengeluar Malaysia terus perlahan dengan penurunan 0.1 peratus pada Oktober 2025

Indeks Harga Pengeluar Malaysia meneruskan trend menurun, mencatatkan penurunan 0.1 peratus pada Oktober 2025, selepas penurunan 0.8 peratus pada bulan sebelumnya.

Sektor Pembuatan menurun 0.6 peratus pada Oktober 2025 (September 2025: -2.1%) disebabkan terutamanya oleh penurunan dalam indeks Pembuatan kok & produk petroleum bertapis (-5.1%) dan Pembuatan komputer, produk elektronik & optikal (-1.6%). Sektor Perlombongan turut menguncup 1.0 peratus (September 2025: 1.1%), disebabkan oleh indeks Pengekstrakan petroleum mentah (-2.2%). Namun begitu, sektor Pertanian, perhutanan & perikanan meningkat 2.7 peratus (September 2025: 7.8%), disumbangkan oleh indeks Penanaman tanaman kekal dan Pengeluaran ternakan (3.0%). Sementara itu, bagi sektor utiliti, kedua-dua indeks Bekalan elektrik & gas dan Bekalan air masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 4.3 peratus dan 10.8 peratus.

Pada asas bulan ke bulan, IHPR Pengeluaran Tempatan tidak berubah pada bulan ini. Sektor pertanian, perhutanan & perikanan meningkat 0.9 peratus (September 2025: 2.1%), disebabkan oleh Pengeluaran ternakan (2.0%). Sektor Pembuatan juga meningkat 0.3 peratus, sama seperti bulan sebelumnya, disebabkan oleh indeks Pembuatan komputer, produk elektronik & optikal (0.7%) dan Pembuatan produk makanan (0.5%). Sektor Bekalan air turut meningkat 1.5 peratus, selepas peningkatan 4.8 peratus pada bulan sebelumnya. Sebaliknya, sektor Perlombongan turun 4.8 peratus, berbanding peningkatan 1.1 peratus pada September 2025. Penurunan ini disebabkan oleh indeks Pengekstrakan gas asli (-6.3%) dan Pengekstrakan petroleum mentah (-4.1%). Sektor Bekalan elektrik & gas juga menurun sebanyak 0.3 peratus.

Indeks Bahan perantaraan, bekalan & komponen menguncup 0.2 peratus (September 2025: -1.2%), disebabkan oleh Bahan api yang diproses & pelincir (-3.7%). Indeks Barang siap turut mencatatkan penurunan sebanyak 1.0 peratus (September 2025: -1.8%), disebabkan oleh Kelengkapan modal (-1.8%). Namun begitu, indeks Bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya meningkat 1.2 peratus (September 2025: 2.4%), disumbangkan oleh Bahan bukan makanan (0.6%).

Pada asas bulanan, indeks Bahan perantaraan, bekalan & komponen naik 0.2 peratus. Sebaliknya, Indeks Bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya dan Barang siap masing-masing turun 0.4 peratus dan 0.2 peratus.

 

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

PANGGILAN SENYAP BUKAN SEMESTINYA SELAMAT!

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  PANGGILAN SENYAP …

TANGKAPAN CURI KABEL OLEH BAHAGIAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI (BPJKK) IPD ALOR GAJAH

Alor Gajah – Kejayaan besar dicatatkan Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah apabila …

PROGRAM DIDIK KESELAMATAN JALAN RAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Keselamatan jalan …