LANGKAH-LANGAH PENCEGAHAN PENYAKIT BERJANGKIT BERKAITAN BANJIR

Orang ramai yang terlibat di kawasan banjir dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah seperti berikut:

  1. Sebaik-baiknya, gunakan alat pelindung diri seperti but getah dan sarung tangan getah semasa aktiviti pembersihan terutamanya jika melibatkan banjir lumpur. Ini untuk mengelakkan sentuhan terus dengan air banjir bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian penyakit berjangkit berkaitan banjir seperti penyakit leptospirosis (jangkitan air kencing tikus), melioidosis, dan lain-lain penyakit bawaan air dan makanan.
  2. Mangsa banjir, petugas dan sukarelawan di kawasan banjir juga dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan diri semasa banjir iaitu dengan membasuh tangan dengan sabun dan air yang bersih sebelum menyediakan makanan, sebelum makan, selepas ke tandas, selepas membuat aktiviti pembersihan, selepas menyentuh barang-barang yang dicemari oleh air banjir atau kumbahan (sewage).
  3. Hendaklah sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan persekitaran. Pembuangan sampah di merata tempat akan mendatangkan risiko penyakit, pembiakan vektor pembawa penyakit seperti tikus, nyamuk dan lain-lain. Semasa banjir, hujan akan menyebabkan bekas-bekas menakung air menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan anopheles. Ini menyebabkan populasi nyamuk bertambah dan boleh merebakkan penyakit bawaan nyamuk seperti demam denggi, chikungunya dan malaria tidak kira semasa banjir atau selepas banjir.
  4. Orang ramai dinasihatkan agar mengambil air minum dan makanan yang bersih dan tidak tercemar bagi mengelakkan kejadian penyakit bawaan air dan makanan seperti keracunan makanan, taun (kolera), hepatitis A dan demam kepialu (tifoid).
  5. Sila dapatkan rawatan segera dari pasukan perubatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir atau fasiliti kesihatan yang berhampiran jika mengalami sebarang gejala penyakit seperti demam, sakit perut, muntah, batuk dan sebagainya.

Sumber: KKM

Artikel/Berita Terkini

TINDAKAN PEMBANTERASAN PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN REMAJA DAN PELAJAR SEKOLAH DI TERENGGANU

Isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah di Terengganu masih menjadi kebimbangan utama pihak berkuasa. Lokasi negeri yang …

MALAYSIA SEBAGAI NEGARA MARITIM: KESELAMATAN PERAIRAN NEGARA

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, perairan negara merupakan nadi geopolitik, ekonomi dan keselamatan Malaysia. Hal ini …

ULEK MAYANG DAN RODAT: MEMELIHARA KEASLIAN WARISAN BUDAYA TERENGGANU

Tarian Ulek Mayang dan Rodat merupakan antara khazanah seni budaya yang begitu sinonim dengan identiti masyarakat Terengganu. Kedua-duanya bukan sekadar …