OPS KHAS OKIM

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang, telah menjalankan Operasi Khas lnstitut Memandu. Penguatkuasaan ini bertujuan memastikan Institut Memandu, tenaga pengajar dan kenderaan lnstitut Memandu mematuhi peraturan dan syarat-syarat yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pelesenan Institut Memandu (JKPIM) dipatuhi sepenuhnya serta kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat semasa calon belajar dan semasa ujian memandu dilaksanakan.
Sepanjang Operasi yang dijalankan di daerah Seberang Perai, didapati ada lnstitut memandu gagal mematuhi syarat- syarat JKPIM seperti Pengajar tiada SPIM, Pengajar tinggal calon semasa latihan, puspakom tamat tempoh dan kesalahan teknikal kenderaan. Sebanyak 20 notis saman dan kesalahan teknikal telah dikeluarkan dalam operasi khas ini.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …