OPS KHAS GEMPUR

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang, SPK Valdor, SPK Penaga dan Cawangan Batu Uban telah membuat penguatkuasaan Ops khas Gempur Kenderaan Perdagangan dan Gempur Lebih Muatan.

Penguatkuasaan ini bertujuan memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan perdagangan mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah dibawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat APAD 2010 (Akta 715) serta memastikan kenderaan perdagangan selamat digunakan di jalanraya.

Kesalahan teknikal dikesan seperti tayar haus berlebihan, lampu brek dan isyarat tidak berfungsi, pasang strobe light tanpa kebenaran, cermin gelap, ubah suai kenderaan tanpa kebenaran dan tidak selenggara kenderaan dengan baik. Kesalahan lain dikesan membawa lebih muatan, tidak tutup muatan, Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh, tiada perlindungan lnsuran, disk puspakom tamat tempoh dan guna telefon bimbit semasa memandu.

Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …