DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Program Gaya Hidup Sihat Peringkat Kontinjen Pulau Pinang berlangsung meriah di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara dengan pelbagai pengisian berbentuk kecergasan dan kebersamaan warga pasukan.
Program tersebut menampilkan aktiviti senamrobik dan kayuhan basikal yang bukan sahaja bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal, malah mengukuhkan hubungan silaturahim antara pegawai dan anggota.
Kayuhan santai sejauh 30 kilometer itu juga memberikan pengalaman riadah yang sihat dan menceriakan kepada semua peserta. Penyertaan aktif warga PDRM turut menyerikan suasana, sekali gus menjadikan program ini sebagai medium penting dalam mempromosikan kesejahteraan mental dan fizikal.
Sumber : PDRM Pulau Pinang https://www.facebook.com/PolisPulauPinang



