Roblox merupakan permainan yang popular dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. Satu kes terkini menggemparkan negara apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera parah akibat dikelar dan ditikam di Kampung Parit Nipah Laut, Batu Pahat, telah dicederakan oleh abangnya sendiri berusia sembilan tahun akibat pengaruh permainan game ini.
Siasatan mendapati abang kepada mangsa, berusia sembilan tahun, merupakan pemain tegar Roblox dan telah mengumpul kira-kira satu juta mata dalam permainan tersebut.
Difahamkan, telefon bimbit milik suspek telah dirosakkan oleh adiknya sehingga menyebabkan semua mata yang dikumpul dalam permainan itu hilang. Suspek dipercayai mengalami halusinasi berkaitan permainan tersebut dan mendakwa ‘disuruh’ mencederakan keluarganya.
Polis tidak menolak kemungkinan permainan dalam talian popular dalam kalangan kanak-kanak, Roblox mungkin telah mempengaruhi insiden melibatkan seorang kanak-kanak lelaki di Batu Pahat, kelmarin.
Apa Itu Roblox?
Roblox merupakan permainan yang dilancarkan pada tahun 2006 dan kini boleh diakses daripada pelbagai jenis peranti dengan lebih 20 juta permainan di platformnya.
Ianya merupakan dalam talian yang membolehkan penggunanya mencipta permainan mereka sendiri dan juga memainkan pelbagai jenis mainan yang dihasilkan oleh pengguna lain.
Dalam erti kata lain, ianya merupakan permainan yang dibuat sendiri oleh pemainnya.
Dari satu sudut, permainan mengajar pemainnya untuk menjadi kreatif bagi menghasilkan game mereka sendiri melalui jenis mainan daripada pemain yang lain.
Namun, dari sudut yang lain, permainan ini mengundang lebih banyak keburukan dan bahaya terutamanya kepada kanak-kanak.
*Sumber eCentral



