17 KAMPUNG DI TERENGGANU BERISIKO DILANDA BANJIR, JPS AKTIFKAN KESIAPSIAGAAN

 

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu mengenal pasti 17 kampung di tiga daerah berpotensi dilanda banjir sekiranya berlaku hujan luar jangkaan antara hari ini hingga Jumaat. Menurut Pengarahnya, Ir Osman Abdullah, analisis awal menunjukkan kawasan berisiko tertumpu di Hulu Terengganu, Besut dan Setiu, yang merupakan lokasi hotspot di kawasan hulu sungai.

Di Hulu Terengganu, kampung terlibat ialah Kampung Lubuk Periuk, Kampung Peneh, Kampung Kuala Ping, Kampung Kepah, Nibong dan Kampung Kemat. Manakala di Besut, enam kampung dikenal pasti, termasuk Kampung Keruak, Kampung Belaoh, Kampung La, Kampung Batu 13, Kampung Bekok dan Kampung Bukit Payong. Di Setiu pula, lima kampung berisiko banjir ialah Kampung Hulu Seladang, Kampung Besut, Kampung Lubuk Panjang dan Kampung Gong Terap.

Osman berkata JPS telah meningkatkan kesiapsiagaan melalui pemantauan paras air sungai, koordinasi bersama agensi berkaitan serta persediaan untuk mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir jika perlu. Beliau turut menasihatkan penduduk di kawasan terbabit agar berwaspada dan mematuhi amaran pihak berkuasa.

Langkah ini diambil susulan amaran hujan berterusan peringkat waspada oleh MET Malaysia serta notis awal banjir yang dikeluarkan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN).

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …