Siri 2:BAHAYA GAME ROBLOX – KEBURUKAN & SISI GELAP YANG IBU BAPA KENA TAHU

CIRI-CIRI UTAMA GAME ROBLOX

Di sebalik kebimbangan yang wujud, Roblox sebenarnya mempunyai banyak kebaikan jika digunakan dengan cara yang betul dalam konteks Malaysia. Dengan pengawasan ibu bapa dan guru, Roblox boleh menjadi satu ruang pembelajaran digital yang menyeronokkan serta seiring dengan matlamat pendidikan abad ke-21.

  • Platform ini memberi peluang kepada pelajar untuk belajar asas pengaturcaraan, reka bentuk 3D, dan pemikiran kreatif melalui permainan interaktif.
  • Sesetengah sekolah di Malaysia malah sudah menggunakan Roblox Studio sebagai alat pembelajaran STEM untuk menarik minat pelajar terhadap sains dan teknologi.
  • Roblox juga membantu membangunkan kemahiran sosial dan kolaborasi apabila pemain bekerjasama membina dunia maya atau menyelesaikan cabaran bersama.
  • Selain itu, antara menarik di dalam permainan ini ialah pemain diberikan avatarnya secara automatik. Avatar ini seakan-akan seperti watak seperti manusia yang boleh disesuaikan dengan pelbagai bahagian badan, aksesori, pakaian, warna kulit, animasi dan lain-lain.
  • Untuk mengubah suai avatar ini, terdapat item yang boleh boleh diperolehi secara percuma atau perlu dibeli menggunakan mata wang maya yang dikenali sebagai Robux.
  • Bagi menggunakan Robux, ia memerlukan pemain mendaftarkan kad kredit bagi membolehkan item dibeli menerusi Robux tersebut.

Ramai ibu bapa dan guru mula menyedari bahawa tanpa kawalan yang betul, Roblox boleh berubah daripada alat pembelajaran interaktif kepada platform yang membuka ruang kepada risiko dalam talian seperti buli siber, penipuan Robux, dan pendedahan kepada kandungan tidak sesuai.

 

*Sumber Ecentral

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …