HEBAT: RAKYAT MELAKA PUAS DAPAT BERTEMU PEMIMPIN LUAH MASALAH

Seri Negeri – Rakyat Melaka meluahkan rasa syukur dan gembira apabila diberikan peluang bertemu pemimpin secara langsung pada Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bersama Rakyat Negeri Melaka (HEBAT).
Bagi Tan Mei Sim, 42, dari Kota Laksamana, HEBAT memberi peluang kepadanya untuk membuat aduan mengenai masalah tekanan air di pangsapuri yang didiaminya.
Menurut ibu kepada tiga anak itu, masalah itu sudah berlarutan hampir tiga tahun, namun tiada penyelesaian dan tindakan daripada pihak pengurusan.
“Sudah tiga tahun kami menghadapi masalah ini, jadi saya dan jiran-jiran datang berjumpa pemimpin di sini untuk suarakan aduan kami.
“HEBAT sangat bagus kerana membolehkan kami berjumpa pemimpin dan meluahkan perasaan kami,” katanya kepada Melaka Hari Ini pada HEBAT di Seri Negeri.
Bagi M. Ganesan, 50, dari Jalan Keretapi Lama, Pengkalan Alor Gajah, kehadirannya ke HEBAT adalah untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tanah yang dihadapi.
“Setelah berjumpa Ketua Menteri, satu berita amat menggembirakan kerana masalah saya telah diselesaikan dengan segera.
“Saya cukup gembira, tidak rugi datang seawal jam 8 pagi dan dapat berjumpa Ketua Menteri pada jam 11.30 pagi, program HEBAT sepatutnya diadakan selalu,” katanya.
Sementara itu, Mohd Isa Md Sari, 61, dari Taman Seri Duyong 2, pula hadir untuk menyelesaikan masalah permohonan meter elektrik bagi kabin komuniti taman perumahan itu.
Katanya, kabin itu dibina bagi tujuan pembelajaran al-Quran, tuisyen dan kelas menjahit wanita.
“Syukur kerana dengan bantuan Ketua Menteri dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) permohonan pemasangan meter elektrik diluluskan dengan segera.
“Selain itu, Ketua Menteri turut berjanji menyediakan pendingin hawa untuk kabin tersebut selepas saya menghantar surat rasmi,” katanya.
Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …