GENERASI SANDWIC BERDEPAN TEKANAN KEWANGAN BERGANDA

Generasi sandwic merujuk kepada golongan dewasa yang perlu menanggung keperluan kewangan anak-anak dan pada masa sama membantu ibu bapa yang semakin berusia. Golongan ini berdepan tekanan kewangan berganda kerana perlu mengimbangi perbelanjaan keluarga, keperluan penjagaan ibu bapa serta simpanan untuk masa depan sendiri.

Peningkatan kos sara hidup, perubahan demografi dan jangka hayat yang semakin panjang menjadikan tanggungjawab ini semakin mencabar. Walaupun mempunyai pendapatan bulanan yang sama, setiap keluarga mempunyai tahap kemampuan kewangan berbeza bergantung pada jumlah tanggungan dan keperluan penjagaan.

Menurut Malaysia Pulse Survey Report 2025, sebanyak 51 peratus responden berkahwin dan mempunyai anak daripada 507 pekerja yang dikaji turut melaporkan tanggungjawab kewangan terhadap ibu bapa mereka.

Antara cabaran utama generasi sandwic ialah menanggung kos pendidikan anak-anak, rawatan kesihatan, ubat-ubatan dan penjagaan harian ibu bapa. Keadaan ini menyebabkan sebahagian pendapatan terpaksa digunakan untuk memenuhi keperluan keluarga sehingga simpanan persaraan dan perlindungan kewangan sendiri terpaksa diketepikan.

Sekiranya berterusan, keadaan ini berisiko menyebabkan individu memasuki usia persaraan tanpa simpanan mencukupi, sekali gus mewujudkan kitaran kebergantungan kewangan antara generasi.

Sehubungan itu, kesedaran mengenai perancangan kewangan, pengurusan tanggungan dan persediaan persaraan perlu dipertingkatkan. Sokongan kerajaan serta majikan juga penting bagi membantu golongan ini mengimbangi tanggungjawab keluarga dan kestabilan kewangan demi menjamin kesejahteraan hidup.

Sumber: https://www.utusan.com.my/ekonomi/2026/11/generasi-sandwic-berdepan-tekanan-kewangan-berganda/

Artikel/Berita Terkini

PENYELEWENGAN PENYEMBELIHAN AYAM ANCAM KESUCIAN MAKANAN HALAL

Isu penyembelihan dan pemprosesan ayam yang tidak mematuhi syarat halal bukan sahaja melibatkan keselamatan makanan, malah menimbulkan kebimbangan terhadap integriti …

TABIAT DAN LITERASI KEWANGAN KUNCI PERSEDIAAN PERSARAAN

Persediaan persaraan bukan hanya bergantung kepada tahap pendapatan seseorang, sebaliknya turut dipengaruhi oleh tabiat kewangan, literasi kewangan dan perancangan jangka …

GENERASI SANDWIC BERDEPAN TEKANAN KEWANGAN BERGANDA

Generasi sandwic merujuk kepada golongan dewasa yang perlu menanggung keperluan kewangan anak-anak dan pada masa sama membantu ibu bapa yang …