OPERASI LORONG KOSONG (Ops LOKOS) MBMB

Melaka Tengah – Operasi Lorong Kosong (Ops LOKOS) MBMB Bil. 21 Tahun 2025 anjuran Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB bersama Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah telah dijalankan di Perumahan Polis Seri Temenggong, Melaka. Operasi ini turut mendapat kerjasama anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Fokus operasi adalah penguatkuasaan terhadap premis kediaman kotor serta pembersihan peralatan rumah yang terbiar dan berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk.
Tiada Notis Untuk Tindakan (NUT) dikeluarkan kerana para penghuni Flat Seri Temenggong telah membuat persediaan awal dan berjaya membersihkan kawasan kediaman masing-masing. Satu gotong royong bersepadu bagi kawasan awam di Flat Seri Temenggong akan diadakan pada 16 November 2025 (Ahad).
Jom bersama-sama menjaga kebersihan dan keindahan Bandaraya Melaka dengan tidak membuang sampah merata-rata.
Mana Lagi? Melaka Ler…
Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …