PROJEK SUSUR KELUAR BAHARU DI NILAI DILULUS, ATASI KESESAKAN SENAWANG–KL

Kesesakan trafik dari Senawang menghala ke Kuala Lumpur dijangka dapat dikurangkan apabila projek pembinaan susur keluar masuk (interchange) baharu di Nilai diluluskan dan dijadualkan bermula tahun hadapan.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, projek berkenaan yang akan melalui laluan Nilai–Labu–Enstek (NLE) diluluskan dalam mesyuarat Malaysia Vision Valley (MVV) baru-baru ini, dengan Kerajaan Persekutuan menanggung kos keseluruhan pembinaan.

Pihaknya dimaklumkan akan ada jalan baharu dan Plaza Tol Plus baharu yang akan dimulakan pembinaannya tahun depan. Projek ini ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan dan ketika ini pengurusan lanjut sedang diperincikan. Laluan baharu ini penting bagi menyuraikan trafik yang semakin sesak terutama dari Senawang ke arah Utara, termasuk ke Kuala Lumpur.

Menurut Aminuddin, projek NLE sepanjang 18 kilometer itu kini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada Julai 2026, sekali gus menjadi laluan alternatif utama bagi pengguna dari kawasan selatan menuju ke Lembah Klang.

Sumber:Kosmo

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …