NEGERI SEMBILAN AKUR PILIHAN RAYA SERENTAK JIKA TELAH DIPUTUSKAN – AMINUDDIN

Kerajaan Negeri Sembilan akur sekiranya pimpinan tertinggi Kerajaan Perpaduan memutuskan untuk mengadakan pilihan raya serentak bagi Persekutuan dan negeri. Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, perkara itu perlu dibincangkan dan diputuskan bersama oleh semua pimpinan parti Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan kesan besar terhadap landskap politik negara.

Beliau berharap perkara ini dapat dibincangkan bersama semua presiden parti dalam Kerajaan Perpaduan terlebih dahulu supaya kita boleh mencapai kata putus bersama. Ia juga bagi memastikan keputusan itu tidak memberi kesan besar kepada politik tanah air kerana ada pihak yang mahu ia diadakan serentak dan ada yang tidak bersetuju. Sebaiknya perkara ini dibincangkan terlebih dahulu sebelum dibawa kepada masyarakat.

Sekiranya Pilihan Raya Umum ke-16 diadakan secara serentak dan lebih awal daripada jangkaan, keputusan berkenaan perlu dimaklumkan segera supaya persediaan rapi dapat dilakukan. Beliau turut mengakui bahawa perkara tersebut bukan satu perkara mudah dan disebabkan itu perlu dibincangkan serta diputuskan segera.

Buat masa ini beliau masih belum dipanggil oleh Perdana Menteri untuk membincangkan perkara tersebut dan bersedia untuk memberikan pandangan. Cepat atau lambat, pilihan raya tetap akan diadakan dan saya sempat berbisik dengan Datuk Seri Jalaluddin Alias (Pengerusi UMNO Negeri Sembilan) bahawa kita perlu lakukan sesuatu agar kita terus berjaya di Negeri Sembilan.

Media sebelum ini melaporkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sekali lagi menyatakan pendirian parti itu yang menyokong pelaksanaan pilihan raya serentak pada peringkat Persekutuan dan negeri sebagai langkah memastikan kecekapan serta penjimatan kos pengurusan pilihan raya. Meskipun keputusan membubarkan Parlimen merupakan kuasa mutlak Perdana Menteri, DAP sebagai antara parti dominan dalam kerajaan akan memberikan pandangan untuk menyelaras pembubaran, sekiranya pilihan raya serentak mahu dilaksanakan. Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar pula menegaskan parti itu kekal dengan pendirian menyokong supaya pilihan raya umum dan pilihan raya negeri (PRN) diadakan serentak bagi menjimatkan kos dan memudahkan pengurusan. Pendirian itu telah disuarakan sejak selepas PRN di empat negeri sebelum ini.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

KONDOMINIUM DISERBU, LAPAN PEKERJA PEMBERSIHAN PATI DITAHAN

Kuala Lumpur – Sebuah kondominium di Jalan Dutamas Raya, Segambut, di sini, diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur sebelum …

DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT

Ayer Keroh – Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut menjadi platform …

PROGRAM PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pada tarikh …