DISURUH MAJIKAN MEMBAWA MUATAN BERLEBIHAN

Disuruh majikan membawa muatan berlebihan menjadi alasan kebanyakan pemandu lori untuk melepaskan diri apabila ditahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan. Namun alasan lapuk itu sudah lama diketahui pihak berkuasa dan akibatnya kesemua mereka dikenakan tindakan dalam operasi yang dilaksanakan di Lebuhraya Utara-Selatan(PLUS) di sini baru-baru ini.

Menurut Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusof , alasan sedemikian tidak boleh diterima kerana setiap pemandu mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kenderaan mereka dikendalikan dalam keadaan selamat serta mematuhi had muatan ditetapkan.

Setiap pemandu lori tahu tentang undang-undang ini dan alasan ‘arahan majikan’ tidak boleh dijadikan justifikasi untuk mereka melanggar undang-undang. Bukan saja pemilik kenderaan atau majikan, tapi pemandu lori itu juga boleh dikenakan tindakan. Pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat membawa lebih muatan kerana perbuatan itu juga boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

Pemandu boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah (89) Akta Pengangkutan Jalan, manakala pemilik kenderaan atau syarikat akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 87(1) akta sama yang mana mereka akan dikenakan hukuman lebih berat termasuk denda serta tindakan terhadap permit operasi.

Pihaknya memandang serius alasan itu. Walaupun majikan memberi tekanan untuk membawa muatan berlebihan demi keuntungan atau apa saja alasan, tanggungjawab utama di jalan raya tetap terletak pada pemandu.  Selain itu, dalam tempoh Januari hingga September tahun ini, sebanyak 3,275 kenderaan perdagangan yang dikenakan tindakan kerana kesalahan membawa lebih muatan.Tahun ini juga sebanyak 31 kenderaan dalam proses untuk diambil tindakan dilucut hak kerana membawa lebih muatan berbanding dua kes tahun lalu. Data ini menunjukkan peningkatan yang ketara dan kita memandang serius perkara ini. Kawasan Nilai dikenal pasti sebagai lokasi panas kenderaan perdagangan membawa muatan berlebihan. Terdapat dua kuari utama yang aktif beroperasi di kawasan itu iaitu di Labu dan Batang Benar.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

KONDOMINIUM DISERBU, LAPAN PEKERJA PEMBERSIHAN PATI DITAHAN

Kuala Lumpur – Sebuah kondominium di Jalan Dutamas Raya, Segambut, di sini, diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur sebelum …

DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT

Ayer Keroh – Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut menjadi platform …

PROGRAM PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pada tarikh …