THYROID STORM

Bila hormon kecil mula mengamuk Thyroid Storm.  Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pemergian Lotter AF4, yang dilaporkan akibat komplikasi penyakit tiroid.

Nampak seperti penyakit kecil, tapi bila tiroid ‘meletup’, ia boleh merosakkan seluruh sistem badan keadaan ini dipanggil Thyroid Storm.

Dalam thyroid storm, hormon tiroid meningkat terlalu tinggi sehingga jantung, otak dan organ lain gagal berfungsi.

Pesakit boleh mengalami demam tinggi, berdebar kuat, peluh berlebihan, gelisah, kekeliruan, malah boleh pengsan secara tiba-tiba.

Keadaan ini boleh membawa maut jika tidak dirawat segera di hospital. Ia sering berlaku pada pesakit hipertiroid yang tidak dirawat atau berhenti ubat tanpa nasihat doktor.

Kelenjar kecil di leher ini mungkin nampak tidak penting, tapi bila ia mula “marah”, seluruh tubuh boleh rebah.

Jika anda ada simptom seperti jantung berdebar tanpa sebab, peluh berlebihan atau turun berat mendadak segeralah berjumpa doktor.

Salam takziah buat keluarga Mendiang Lotter.

Semoga pemergiannya membuka mata ramai tentang bahaya penyakit tiroid yang sering kita pandang ringan.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …