DI SEBALIK KISAH KUIH “CHE ABAS DEMAM”

Che Abas Demam merupakan kuih tradisi orang Terengganu. Di sebalik keenakan rasa kuih Che Abas Demam ini, punyai kisah simbolik bukti kasih dan sayang seorang isteri terhadap suaminya. Begini kisahnya, sepasang suami isteri bernama Abas dan Ramlah yang hidup di satu perkampungan nelayan di Terengganu.

Suatu hari, si suami demam berhari-hari tidak kebah demamnya. Si isteri susah hati, apabila melihat suaminya tiada selera makan. Pelbagai hidangan disajikan kepada suaminya tetapi tidak satu pun dijamah. Sehinggalah si isteri, mendapat idea apabila melihat tepung kanji dan lebihan isi ikan untuk membuat keropok.

Maka si isteri bancuhkan tepung kanji dengan air panas, dikacau sehingga pekat dan dibiarkan sejuk. Sementara itu, dikukurnya sebiji kelapa untuk diambil santannya. Manakala isi ikan, dibakar lalu ditumbuk.

Kemudian tepung kanji yang sudah sejuk, dipotong kecil. Santan dan isi ikan dicampur sekali dengan tepung kanji yang sudah dipotong tadi. Bagi membangkitkan aroma, ditambah pula dengan hirisan bawang merah dan halia serta sedikit halba. Kesemua bahan itu dimasak sehingga mendidih.

Selepas siap dimasak, si isteri terus menghidangkan kepada suaminya. Secara tiba-tiba si suami terbuka selera untuk menjamah kuih yang dimasak si isteri. Berselera sungguh si suami, habis semangkuk dimakannya. Lebihan kuih diagihkan kepada jiran tetangga. Di sebabkan keenakan kuih tersebut, salah sorang jiran bertanya nama kuih itu, secara bersahaja si isteri beritahu kuih ini bernama Che Abas Demam.

Sejak dari itulah, sehingga ke hari ini kuih Che Abas Demam ini menjadi kuih tradisi dan popular di Terengganu. Kuih ini, biasanya dijual pada bulan Ramadan dan menjadi hidangan untuk berbuka puasa. Itulah kisahnya, asal-usul kuih Che Abas Demam ini.

 

Sumber: UtusanTV dan Laman Facebook Masakan Terengganu

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …