PSIKOLOGI DI SEBALIK BARISAN PANJANG KENAPA RAMAI SANGGUP BERATUR DEMI MAKANAN VIRAL?

Fenomena makanan viral kini bukanlah satu benda asing bagi masyarakat tidak kira di bandar-bandar besar mahupun di media sosial. Kuasa viral kini amat menggerunkan apabila sesuatu perkara dapat diketahui dalam masa yang sangat singkat. Berbalik kepada strategi-strategi yang digunapakai oleh para peniaga di mana mereka tidak lagi menggunakan kedai sebagai tempat jualan bahkan memilih tempat-tempat yang menjadi tumpuan sebagai permulaan segala perniagaan. Orang sanggup berdiri sejam dua, hanya untuk satu minuman, satu potong kek, satu kepuasan sementara.

Namun, pernahkan kita salami punca berlakunya keadaan ini?

Orang ramai sanggup beratur selama berjam-jam bahkan ada yang kecewa apabila barang, air atau makanan yang diingini habes terjual sebelum sampai giliran mereka. Antara punca berlakunya fenomena ini adalah disebabkan beberepa perkara seperti:

  • FOMO (Takut Tertinggal Tred)
  • Social Proof (Ramai beratur mesti sedap)
  • Identiti dan Media Massa (Bukti telah mencuba makanan viral dengan memuat naik di media sosial)
  • Tekanan Sosial (Ajakan daripada rakan atau teman)

Fenomena makanan viral bukan sekadar tentang gula atau madu tetapi ia menjerumus kepada cara otak manusia mencari kebahagiaan di tempat yang sementara.

Sumber: Public Health Malaysia

Artikel/Berita Terkini

SEMAK TAKWIM JUALAN RAHMAH MADANI (PJRM)

Jangan susah hati. KPDN dah sediakan 3 cara pantas untuk semak takwim PJRM. Selain daripada portal rasmi dan aplikasi mudah …

APA ITU i-KAD?

𝙞-𝗞𝗔𝗗 adalah dokumen penting yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara PL(KS). Kad ini diberikan …

PENGHANTARAN UBAT MELALUI POS SECARA PERCUMA BERMULA 1 OKT 2026

Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membuat penghantaran ubat melalui pos secara percuma, …