PENUAAN BERMULA DARIPADA KAKI

Kajian Chinese Academy of Sciences (2025) mendapati usia 40–50 tahun berlaku penurunan fungsi otot dan saluran darah, terutama di kaki — tanda awal penuaan kerana kaki menampung berat dan pergerakan harian. Kekuatan otot kaki semakin menurun seiring peningkatan usia manusia. Aliran darah pada bahagian kaki selalunya merosot dengan cepat dan risiko untuk jatuh adalah sangat tinggi.

Oleh itu, senaman ringan untuk menguatkan otot pada bahagian kaki amatlah diperlukan bagi mengekalkan kekuatan otot kaki. Semua perlu melatih kaki memadai dengan berjalan kaki (Brisk Walk) atau senaman-senaman mudah yang lain seperti:-

  • Regangan Kaki
  • Keluar Masuk Kaki
  • Melompat
  • Angkat Hujung Kaki (Menjengket)
  • Tumit Naik Turun

Kesimpulannya, kekuatan otot kaki amat penting kepada kesihatan tubuh kita di mana kaki memainkan peranan penting untuk menampung tubuh badan manusia. Justeru, lakukanlah senaman dan mula latih kaki untuk kekal kuat dan sihat.

Sumber : https://www.instagram.com/reel/DQRmEFDD9W1/ (eka_mazneka)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …