DIABETES DAN PENYAKIT GUSI

Tahukah anda, 20% warga emas berumur 60 tahun ke atas di Malaysia menghidap diabetes dan mereka berpotensi tinggi mengalami penyakit gusi yang lebih serius. Ramai tidak sedar bahawa kesihatan mulut mempunyai hubungan rapat dengan tahap kawalan gula dalam darah.

Apabila seseorang menghidap diabetes, keupayaan badan untuk melawan jangkitan menjadi lemah. Ini termasuk jangkitan di dalam mulut seperti radang gusi (gingivitis) dan penyakit periodontal. Tahap gula yang tinggi dalam darah turut menyebabkan bakteria lebih mudah membiak di dalam rongga mulut, menjadikan gusi mudah bengkak, berdarah dan akhirnya menyebabkan kehilangan gigi jika tidak dirawat.

Langkah mudah boleh diamalkan: berus gigi 2 kali sehari menggunakan ubat gigi berflorida, guna kan flos atau berus interdental dan lakukan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Pesakit diabetes juga perlu memaklumkan status penyakit mereka kepada doktor gigi supaya rawatan dapat disesuaikan dengan keadaan kesihatan mereka.

Kesimpulannya, kesihatan mulut adalah sebahagian daripada kesihatan tubuh secara menyeluruh. Jangan pandang remeh tanda-tanda awal seperti gusi berdarah atau nafas berbau. Penjagaan gusi yang baik bukan sahaja mengekalkan senyum, tetapi juga membantu mengawal diabetes dengan lebih berkesan.

 

Sumber : Pergigian KKM

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …