Di bawah inisiatif Kerajaan MADANI melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh agenda pembangunan infrastruktur keselamatan negara secara menyeluruh dan berfasa.
Inisiatif ini menumpukan kepada naik taraf balai, Ibu Pejabat Polis Daerah, kem dan pos keselamatan di seluruh negara termasuk di kawasan sempadan, luar bandar serta zon berisiko tinggi bagi memastikan kesiapsiagaan pasukan keselamatan sentiasa berada pada tahap optimum.
Langkah strategik ini bukan sahaja memperkukuh keupayaan operasi Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia, malah memastikan kesejahteraan komuniti setempat terus terpelihara melalui kemudahan yang lebih moden, kondusif dan selamat.
Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan MADANI yang diterajui KDN untuk memastikan rakyat mendapat akses perkhidmatan yang mudah, selesa dan cekap.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)



