WRUR: TINDAKAN SEGERA, RAKYAT LEBIH FAHAM DASAR KERAJAAN

Klebang – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) terbukti berfungsi sebagai platform berkesan dalam memberikan pencerahan berhubung dasar Kerajaan Negeri yang memberikan manfaat kepada rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang, Datuk Wira Lim Ban Hong berkata, pendekatan WRUR yang menyeluruh juga memastikan rakyat mendapat maklumat tepat dan terlibat secara langsung dalam arus pembangunan semasa.

“Rakyat ingin tahu apa bentuk pembangunan bakal dilaksanakan dan manfaat untuk mereka, jadi WRUR adalah medium terbaik bagi kerajaan memberikan pencerahan.

“Menerusi WRUR kita juga boleh salurkan maklumat secara lebih berkesan kepada petani, nelayan, usahawan perusahaan kecil dan sederhana, komuniti taman perumahan serta pelajar sekolah,” katanya ketika ditemui selepas Program Perkampungan Ilmu Sijil Pelancaran Malaysia (SPM) sempena WRUR Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang di Kolej Komuniti Tangga Batu, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Tangga Batu, Azharudin Ahmad, wakil Perbadanan Melaka (MCORP) dan Majlis TVET Negara.

Ban Hong berkata, WRUR juga mewujudkan komunikasi dua hala, rakyat atau komuniti boleh terus menyuarakan masalah kepada wakil agensi atau jabatan, sekali gus membolehkan tindakan susulan diambil segera.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …