WRUR: MAIM BANTU ASNAF DIAMI KEDIAMAN LEBIH SELESA

Klebang – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang terus membuktikan keberkesanannya dalam menyentuh denyut nadi rakyat apabila turut menyelitkan pengisian membantu golongan asnaf.

Usaha itu digerakkan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi program Gotong-Royong Kasih Asnaf dengan menyantuni seorang warga emas Zakariah Abdul Wahab di Kampung Pinang A.

MAIM dalam satu kenyataan memaklumkan, program itu bertujuan membantu asnaf mendiami kediaman yang lebih selesa dan sejahtera.

“Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) telah bergotong-royong membersih, mengemas dan mengecat rumah pakcik Zakariah menerusi program ini.

“Disamping itu, sukarelawan terlibat turut menyediakan tikar getah, almari dapur dan sofa baharu demi keselesaan kepada keluarga pakcik Zakariah,” kata kenyataan tersebut.

Terdahulu, perasmian program tersebut telah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang Datuk Wira Lim Ban Hong yang turut bersama menyantuni dan membantu membersihkan rumah asnaf MAIM itu.

Hadir sama, Pegawai Agihan Zakat Melaka Tengah Mohd Dino Md Delan.

Selain membersih dan menceriakan rumah, MAIM turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan kit makanan untuk keluarga asnaf tersebut.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …