PAIP USANG 60 KILOMETER DI MELAKA DIGANTI

Bandaraya Melaka – Paip usang termasuk berusia lebih 50 tahun sepanjang hampir 60 kilometer di negeri ini akan diganti menerusi peruntukan diumumkan pada Belanjawan 2026 yang lalu.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, penggantian itu akan dilakukan secara berfasa, dengan keutamaan diberikan kepada daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah.

Mengulas lanjut Hameed berkata, tapak warisan dunia di Melaka Tengah antara yang akan diberikan keutamaan kerana rakaian paip di lokasi berkenaan dianggarkan berusia lebih 50 tahun.

“Namun kita perlu berhati-hati agar proses penggantian paip tidak menjejaskan struktur bangunan lama di lokasi berkenaan. Melaka ketika ini berdepan cabaran apabila hampir 34 peratus air terawat hilang setiap hari akibat paip usang.

“Secara keseluruhan lebih 1,000 km paip usang seluruh Melaka perlu diganti, berikutan itu pengumuman pada Belanjawan 2026 adalah perkhabaran amat positif serta ditunggu-tunggu. Penggantian paip sepanjang hampir 60 km bagi Negeri Melaka dianggarkan melibatkan kos lebih RM60 juta,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) di sebuah hotel di Jalan Tun Perak, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif SAMB Datuk Mohd Saleh Jusman dan Timbalan Pengerusi SAMB, Datuk Wira Ab Wahab Ab Latip.

Hameed yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau berkata, usaha itu juga secara tidak lansung meneruskan misi ‘Non-Revenue Water’ Kebangsaan atau Air Tidak Terhasil.

Melaka antara enam negeri terpilih bagi penggantian paip usang sepanjang lebih 820 kilometer seluruh negara membabitkan peruntukan RM3 bilion.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …