HEBAHAN AWAM : OPERASI MENEMBAK GAGAK BERIKUTAN ADUAN AWAM

HEBAHAN AWAM
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) melalui Jabatan Penguatkuasa akan melaksanakan Operasi Menembak Gagak berikutan aduan awam yang diterima mengenai gangguan serta masalah kebersihan yang berpunca daripada kehadiran burung gagak di kawasan tertentu.
Operasi ini akan dijalankan secara berkala mulai 15 Oktober hingga 1 November 2025 di lokasi-lokasi berikut:
🔹 Lokasi:
1️⃣ Pasar Borong MPHTJ, Batu Berendam
2️⃣ Kawasan MITC, Ayer Keroh
3️⃣ Taman Angkasanuri, Durian Tunggal
4️⃣ Taman Desa Idaman, Durian Tunggal
🕕 Masa: 6.00 pagi hingga 7.00 malam
Operasi ini turut mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan peka terhadap keselamatan diri ketika berada di kawasan yang terlibat sepanjang tempoh operasi dijalankan.
Sumber : Melaka Hari Ini (MHI) / MPHTJ

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …