BELANJAWAN 2026: RM210 JUTA BANGUNKAN SISTEM AMARAN AWAL HADAPI BENCANA, KRISIS

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM210 juta bagi membangunkan Sistem Amaran Awal (Early Warning System – EWS) sebagai langkah proaktif memperkukuh kesiapsiagaan negara menghadapi bencana dan krisis.

Sistem berteknologi tinggi ini akan dibangunkan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memastikan amaran awal dapat disalurkan dengan lebih pantas, tepat dan meluas kepada rakyat, terutamanya ketika berlakunya kejadian seperti banjir, ribut, gempa bumi kecil, atau ancaman keselamatan.

Pelaksanaan EWS dijangka dapat mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda, selain meningkatkan kecekapan agensi penyelamat dalam memberi tindak balas segera terhadap sebarang situasi kecemasan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk melindungi rakyat dan memperkukuh daya tahan negara menghadapi cabaran masa depan.

 Sumber Infografik : Kementerian Komunikasi Malaysia

Artikel/Berita Terkini

KERAJAAN BERI LEBIH TUMPUAN KEPADA “EKONOMI RAKYAT”: FAHMI

Fahmi menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada petugas pada Majlis APC Kementerian Komunikasi Zon Sabah hari ini. – Gambar …

MELAKA REKOD 7.2 JUTA PELANCONG SETAKAT JUN, JANA EKONOMI RM7.27 BILION

Ayer Keroh – Melaka merekodkan lebih 7.2 juta pelancong sehingga Jun tahun ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara destinasi …

TERIMA KASIH ATAS KEPERCAYAAN KEPADA SAYA – AZHAR ARSHAD

Ayer Keroh – Berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka selama dua tahun dan dua bulan menjadi antara pengalaman amat bermakna …