PESTA GAGAR UDANG 2025 SEMARAK WARISAN BUDAYA DAN PELANCONGAN KOMUNITI TERENGGANU

Pesta Gagar Udang 2025 berlangsung di Dataran Ayah Sor, Kampung Bukit Mentok menyerlahkan keunikan tradisi dan warisan budaya masyarakat tempatan melalui pelbagai aktiviti berteraskan kebudayaan serta pelancongan komuniti. Pesta Gagar Udang bukan sekadar acara tahunan, sebaliknya satu usaha memartabatkan warisan budaya dan memperkukuh sektor pelancongan tempatan.

Gagar udang merupakan kemahiran menangkap udang dengan tangan yang memerlukan kemahiran yang teliti, kestabilan emosi serta kesabaran yang tinggi. Aktiviti ini bukan sekadar tradisi unik, tetapi mempunyai nilai budaya yang tinggi dan wajar didokumentasikan agar tidak hilang ditelan zaman. Program seperti ini bukan sahaja menjadi platform hiburan, tetapi juga medan untuk memperkukuh solidariti dan menyemai nilai insaniah dalam masyarakat.

Antara pengisian menarik ialah aktiviti Pertunjukan Silat, Pertandingan Memasak Udang, Pelepasan Peserta Gagar Udang, Pertandingan Memancing Udang, Pertandingan Udang Cantik & Tangkap Udang dan pelbagai aktiviti lain yang menarik.

Penganjuran program unik ini sedikit sebanyak dapat memberi impak positif kepada sektor pelancongan Negeri Terengganu di samping mencerminkan masyarakat Negeri Terengganu yang mengamalkan gaya hidup harmoni, stabil dan berkualiti.

 

Sumber : TRDI.my

https://www.trdi.my/pesta-gagar-udang-2025-semarak-warisan-budaya-dan-pelancongan-komuniti

Artikel/Berita Terkini

TENTERA KHAS MALAYA DI CONGO KEMBALI KE TANAHAIR

Pada 16 April tahun 1962, seramai 916 orang pegawai dan anggota tentera khas Malaya yang berkhidmat di Congo selama lebih …

PERSIDANGAN PERSATUAN PARLIMEN NEGARA-NEGARA KOMANWEL

Pada 4 November dalam tahun 1963, DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar …

PERSETUJUAN UNTUK MEMBENTUK BADAN PERUNDING MAPHILINDO

Pada 12 Jun dalam tahun 1963, Sidang Manila yang dihadiri oleh Menteri-menteri Luar Indonesia, Tanah Melayu dan Filipina telah mencapai …