KERJASAMA STRATEGIK MULTI AGENSI JAYAKAN PROGRAM “MALAYSIAKU BERDAULAT, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU”

PULAU BANGGI, 5 Oktober – Seawal jam 7.00 pagi bertempat di SMK Banggi, gabungan pelbagai agensi telah berkumpul bagi menjayakan program “MALAYSIAKU BERDAULAT, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU”pada hari ini. Program yang menghimpunkan seramai hampir 500 pelajar ini bertujuan mengukuhkan jati diri dan menanam sifat kecintaan pelajar terhadap negara. 

Program anjuran Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri ini menghimpunkan penglibatan pelbagai agensi keselamatan dan awam seperti ATM, PDRM, APMM, JBPM, JAPEN dan AADK. Pengisian program pada kali ini termasuklah taklimat agensi, pameran reruai, demonstarsi memadam kebakaran dan sebagainya.

 

Perasmian program telah disempurnakan oleh YDH CP Dato’ Haji Baharuddin bin Haji Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik) dengan kehadiran YBrs Tuan Badrul Shah bin Mohd Idris, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Pengurusan Keselamatan), YBrs En Badrie bin Abdul Rahim, TPKN Sabah, YDH SUPT Mohd Haris bin Hj Ibrahim, Ketua Polis Daerah Kudat dan YBrs En Killy bin Otalahid, Pengetua SMK Banggi. Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program pada kali ini.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …