KERAJAAN NEGERI TANGGUNG SUBSIDI BERNILAI AIR RM24JUTA SETAHUN BERMULA NOVEMBER INI

Kerajaan Terengganu akan melaksanakan subsidi bil air mulai November ini, melibatkan 30 peratus untuk pengguna domestik band kedua (21–35 meter padu) dan 15 peratus untuk band ketiga (melebihi 35 meter padu).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zulkifli Ali berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) selepas kajian mendalam mengenai bebanan kos sara hidup rakyat.

Langkah ini memberi manfaat kepada 78,807 akaun pengguna band kedua dan 94,610 akaun band ketiga, dengan implikasi kewangan dianggarkan RM24 juta setahun.

Diharap inisiatif ini dapat mewujudkan situasi menang-menang antara rakyat dan operator, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), sambil menjamin bekalan air yang stabil, berkualiti dan mampan.

Sumber: Terengganu Voice

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …