KAMPUNG WARISAN BUDAYA – DESTINASI SEJATI, HAYATI TRADISI

KARAI, KUALA KANGSAR : Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak telah mengadakan satu sesi lawatan ke Kampung Warisan Budaya, Karai diketuai oleh YBrs. Tuan Mohd Zawawi bin Zakaria, Pengarah Keselamatan Negeri Perak. Turut serta YBrs. Tuan Karim Sadiran, Pengarah Penyiaran Negeri, YBrs. Tuan Haslizar bin Rozally, Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Perak, YBrs. Tuan Asmar Affandi Mazran, Pengarah Operasi J-KOM Negeri serta barisan pegawai dari ahli jawatankuasa GSPS Negeri Perak dan Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak.

Lawatan ini diadakan bertujuan untuk meninjau destinasi pelancongan berasaskan budaya, tradisi dan komuniti. Sepanjang lawatan, pengunjung berpeluang melihat sendiri barangan bersejarah, keunikan rumah-rumah tradisional dengan seni bina warisan budaya tempatan.

Kampung Warisan Budaya merupakan sebuah destinasi pelancongan di Karai, Kuala Kangsar, Perak, yang dibina bertujuan untuk memelihara dan mempromosikan warisan serta kebudayaan Melayu. Para pengunjung boleh menikmati pelbagai tarikan seperti replika 11 rumah tradisional Melayu yang dibina antara tahun 1840 hingga 1940, menyaksikan persembahan budaya, melihat seni kraf dan menikmati makanan tradisional.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Kampung Warisan Budaya atas sambutan yang diberikan. Semoga inisiatif ini menjadi pemangkin dalam memperkukuh ekosistem pelancongan budaya di Malaysia dan seterusnya memartabatkan budaya melayu tradisi di mata dunia.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …