KUNJUNGAN MENTERI PELANCONGAN KEMBOJA DAN DELEGASI ANTARABANGSA KE MENARA TAMING SARI SEMPENA WTD 2025 DAN TMM 2026

Banda Hilir – Menara Taming Sari dengan penuh penghargaan menerima kunjungan Menteri Pelancongan Kemboja, YAB Huot Hak bersama delegasi antarabangsa sempena Program Sisipan Hari Pelancongan Sedunia (WTD 2025) dan Sambutan Tahun Melawat Malaysia (TMM 2026) di Melaka.
Menteri Pelancongan Kemboja, YAB Huot Hak bersama delegasi antarabangsa
Sepanjang lawatan tersebut, para delegasi berpeluang merasai pengalaman istimewa menikmati panorama indah Bandaraya Melaka dari ketinggian 80 meter. Kunjungan berprestij ini bukan sahaja memperkenalkan Menara Taming Sari sebagai tarikan ikonik negeri, malah turut mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan utama yang wajar dikunjungi di peringkat antarabangsa.
Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

JANGAN ABAIKAN KESELAMATAN ANAK-ANAK, JADILAH IBU BAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB

Keselamatan merupakan perkara yang paling utama perlu dititikberatkan ketika memandu atau membonceng terutamanya sekiranya anda membawa anak-anak. Keselamatan mereka ketika …

MAFIA KORPORAT ANCAM INTEGRITI NEGARA

Mafia korporat merupakan ancaman serius terhadap integriti, kestabilan pentadbiran dan keselamatan ekonomi negara. Fenomena ini bukan sekadar melibatkan pelanggaran etika …

BAHAN BINAAN YANG TAHAN BANJIR

Menurut Bank Dunia (World Bank), bahan binaan tahan banjir merujuk kepada bahan pembinaan yang mempunyai ketahanan terhadap kerosakan akibat pendedahan …