OPS TIRIS- KPDN TERENGGANU 47,000 LITER DIESEL BERNILAI RM 1.6 JUTA

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merampas 47,000 liter diesel bernilai lebih RM1.6 juta dalam operasi bersepadu di jeti berhampiran Sungai Kuang, Chukai, Kemaman, Rabu lalu.

Dalam serbuan jam 3.45 pagi itu, selain kapal tunda dirampas, lapan warga Indonesia berusia 20 hingga 60 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

Pengarah KPDN Terengganu, Mohd Mufsi Lat, berkata serbuan dibuat hasil risikan dijalankan pihaknya selama lima bulan di kawasan jeti berkenaan. Rampasan kapal tunda dan penahanan warga Indonesia dipercayai dapat melumpuhkan sindiket jualan bahan api di pasaran gelap membabitkan kumpulan warga asing.

“Hasil pemeriksaan menemukan 47 liter diesel dianggarkan bernilai RM1,657,710 yang disembunyikan dalam tiga tangki penimbang kapal yang seharusnya berisi air yang diubah suai bagi menyembunyikan bahan api berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati kapal terbabit tidak memiliki sebarang lesen atau permit daripada Pengawal Bekalan untuk menyimpan atau berurus niaga dengan barang kawalan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melaksanakan Pelupusan Ekshibit Perdana 2025, di Stor Ekshibit KPDN Terengganu di Kawasan Perindustrian Chendering, Kuala Terengganu.

Mohd Mufsi berkata, berdasarkan maklumat awal, modus operandi sindiket dengan membeli diesel daripada kapal di perairan Laut China Selatan dan kapal yang berlabuh di jeti menggunakan paip getah dan pam kargo sebelum menjualnya semula di pasaran gelap.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sumber : BH Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …