PPM TUMPAS SINDIKET ROKOK SELUDUP DI LAHAD DATU

RAMPAS: Rokok seludup yang berjaya dirampas dalam serbuan berkenaan di Lahad Datu.

LAHAD DATU: Cubaan sindiket menyimpan rokok seludup di sebuah rumah di Kampung Silam, di sini, gagal apabila kegiatan itu dikesan Pasukan Polis Marin (PPM) menerusi Operasi Taring Landai Khas, tengah malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah malam itu, Unit Gempur Marin (UNGERIN) berjaya merampas sebanyak 95,000 batang rokok pelbagai jenama yang dipercayai untuk dipasarkan ke pasaran gelap.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim, berkata operasi berkenaan hasil risikan terancang sebelum pasukan menyerbu rumah terbabit yang dijadikan stor penyimpanan rokok tidak bercukai.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM114,000.

“Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan usaha mengesan dalang utama sindiket giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, PPM sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang awam menyalurkan maklumat berhubung aktiviti penyeludupan bagi membantu tindakan penguatkuasaan.

“PPM Wilayah 4 Sabah komited membanteras sebarang bentuk jenayah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara sentiasa terpelihara,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

KUASAI AI, SEDIA HADAPI PERUBAHAN DUNIA

TERIMA KASIH: Sapawi (dua kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Isnin sempena majlis perasmian itu. KOTA KINABALU: Kerajaan terus memperkukuhkan agenda pembangunan …

TARIKH-TARIKH PENTING PILIHANRAYA NEGERI MELAKA KE 16 – TIDAK BENAR

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ingin memaklumkan bahawa grafik berhubung “Tarikh-Tarikh Penting Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16” yang sedang tular …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …