20 PTI DITAHAN DALAM OPERASI IMIGRESEN DI TAWAU

TANGKAP: Antara PTI warga Pakistan yang ditahan dalam operasi berkenaan.

TAWAU: Seramai 20 pendatang tanpa izin (PTI) ditahan dalam siri operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah yang dijalankan di sekitar daerah ini.

Pengarah Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof, berkata operasi itu dijalankan hasil aduan awam dan risikan selama seminggu.

Katanya, operasi yang berlangsung pada 17 hingga 18 September lalu membabitkan 17 pegawai Bahagian Penguatkuasaan JIM Tawau.

“Daripada 75 individu yang diperiksa, seramai 20 PTI ditangkap membabitkan warganegara Pakistan, Filipina dan Indonesia.

“Mereka ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah atau pas yang sah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, semua mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Sitti Saleha menegaskan, JIM Sabah akan terus memperhebat operasi dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang imigresen.

“Tindakan tegas juga akan diambil terhadap pihak yang melindungi atau menggaji PTI. Kerjasama masyarakat amat diperlukan untuk menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran warga asing tanpa izin di kawasan mereka,” katanya.

Menurutnya, penguatkuasaan berterusan itu penting bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, selain memastikan kedaulatan undang-undang dipertahankan.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

JIMAT TENAGA ATAU CEKAP TENAGA – SAMA KE?

Ramai mungkin menganggap kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan. Jimat tenaga ialah usaha mengurangkan penggunaan tenaga, contohnya memadamkan lampu atau …

BELANJAWAN MADANI 2027: APLIKASI AI NSRC KESAN SCAM PERKUKUH PERLINDUNGAN RAKYAT DARIPADA ANCAMAN PENIPUAN DIGITAL

Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 memperkenalkan inisiatif pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) …

KESIAPSIAGAAN BANJIR: USAHA MELINDUNGI MURID DAN MEMASTIKAN KELANGSUNGAN PENDIDIKAN DI TERENGGANU

Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada hujung Oktober 2026 menuntut kesiapsiagaan menyeluruh bagi melindungi keselamatan warga pendidikan serta …