RASUAH PEMBUNUH MASA DEPAN

KUALA TERENGGANU – Seorang Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Besut mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM2,100 daripada seorang pengarah syarikat, dua tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Maududi Abd Rashid, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima wang berjumlah RM700 daripada Timbalan Pengerusi Pertubuhan Muslim Sejahtera Malaysia merangkap Pengarah Syarikat H&F Management Sdn Bhd melalui transaksi ke akaun bank miliknya pada 5 Julai 2023.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa menerima wang berjumlah RM700 masing-masing pada 7 Ogos dan 5 September tahun sama melalui transaksi daripada akaun syarikat berkenaan ke akaunnya.

Hakim menetapkan 30 September ini sebagai tarikh jatuh hukum dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 untuk ketiga-tiga pertuduhan.

Sumber : Sinar Harian Online

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …