POLIS TAHAN TUJUH SUSPEK ROMPAK BERKUMPULAN GUNA SENJATA

Polis menahan lima lelaki dan dua wanita tempatan yang disyaki terlibat kes rompakan berkumpulan menggunakan senjata dan pecah rumah dekat sini membabitkan kerugian berjumlah RM70,000 sekitar Jun dan Ogos lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim, kesemua individu berusia lingkungan 30-an itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Kontinjen Negeri Sembilan dalam operasi kira-kira dua jam di Bukit Pelandok, Port Dickson dan Ampang, Selangor pada 26 Ogos lepas.

Semakan rekod mendapati kesemua suspek lelaki mempunyai rekod lampau melibatkan kesalahan jenayah dan dadah manakala suspek wanita tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

Modus operandi mereka adalah memecah masuk rumah melalui tingkap dengan mengumpil, sebelum menyerang mangsa menggunakan parang dan merompak barangan berharga seperti barang kemas, telefon bimbit dan wang tunai.  Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397, Seksyen 412, Seksyen 414 dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan berasingan, pihaknya menahan empat lelaki tempatan berusia 20-an hingga 40-an dipercayai memecah masuk rumah telekomunikasi di kawasan Tangki Air Syarikat Air Negeri Sembilan pada 24 Ogos lepas.

Semakan rekod mendapati kesemua suspek yang ditahan di kawasan perumahan Kota Warisan, Sepang, Selangor pada tarikh sama mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan narkotik, selain mengaku terlibat dalam lima kes pecah masuk rumah pencawang telekomunikasi sekitar Nilai sejak bulan lepas. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

AARON OPTIMIS SUMBANG PINGAT DI SUKAN SEA THAILAND

Bandaraya Melaka – Pemain badminton beregu lelaki negara Aaron Chia Teng Fong, optimis untuk menyumbang pingat kepada kontinjen negara pada …

DIET SUKU-SUKU SEPARUH: PANDUAN PEMAKANAN SIHAT UNTUK SEMUA

Diet Suku-Suku Separuh ialah konsep pemakanan sihat yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membantu masyarakat mengamalkan gaya hidup …

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN AIR PUTIH UNTUK KEGUNAAN BADAN SEHARIAN

Air putih atau air kosong merupakan komponen penting dalam kehidupan manusia. Tubuh manusia mengandungi kira-kira 60–70% air, dan ia memainkan …