RUMAH TERES JADI PUSAT PANGGILAN DISERBU, 14 WARGA CHINA DITAHAN

Taktik sindiket penipuan dalam talian menjadikan tiga rumah teres di daerah ini sebagai ‘calling center’ atau pusat panggilan sindiket perjudian dalam talian terbongkar selepas diserbu pihak berkuasa pada Isnin lalu.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, dalam serbuan jam 5 petang hingga 7 malam itu, seramai 16 individu ditahan yang mana 14 daripadanya merupakan warga China. Menurutnya, kesemua warga China berkenaan berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan.

Bertindak atas maklumat kegiatan calling center penipuan perjudian dalam talian, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dan JSJK daerah Port Dickson telah melakukan serbuan di tiga kediaman. Sindiket terbabit dipercayai menjalankan kegiatan penipuan permainan, loteri dan perjudian dalam talian dengan menyasarkan mangsa warganegara China.

Menurutnya, aplikasi yang digunakan adalah QQ dan Telegram. Turut dirampas 26 unit telefon bimbit, sembilan unit komputer riba, satu set modem unifi dan ‘router TP-Link’ yang keseluruhannya bernilai RM35,000.Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan/120B Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

KERAJAAN PERTINGKAT KEMPEN ANTIGANGGUAN SEKSUAL (AGS) BAGI MEWUJUDKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus komited dalam memperkasakan agenda perlindungan sosial menerusi pelaksanaan Kempen Antigangguan Seksual (AGS) …

BAHAYA MENGGUNAKAN BEKAS POLISTERIN UNTUK MEMBUNGKUS MAKANAN

Bekas makanan polisterin mungkin ringan dan mudah digunakan, tetapi kesannya kepada alam sekitar boleh berpanjangan. Penggunaan bekas makanan polisterin sudah …

BIJAK BAHASA: JAUHI KESALAHAN LAZIM DALAM PENULISAN

Penggunaan bahasa Melayu yang tepat amat penting dalam penulisan rasmi. Elakkan penggunaan frasa yang berlebihan atau tidak lengkap seperti “Adalah …