INSIDEN LEMAS DUA BERADIK: PENGEBUMIAN IKUT TATACARA ISLAM – JHEAINS

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menguruskan jenazah dua beradik yang lemas dalam tragedi di Sungai Linggi, Port Dickson pada 4 September lalu mengikut taracara Islam.

Menurut Pengarah JHEAINS, Mohd Asri Abdullah, Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan memutuskan dua beradik yang berusia enam dan lapan tahun yang terbabit dalam tragedi lemas di Sungai Linggi itu adalah beragama Islam pada masa kematiannya.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua jenazah simati dikebumikan mengikut ajaran Islam. Sehubungan dengan itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan akan menguruskan jenazah kedua-dua mangsa mengikut tatacara Islam.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata susulan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan itu, pengurusan jenazah dua beradik berkenaan akan dilaksanakan di Hospital Port Dickson (HPD) dan akan dikebumikan di Maqbarah Salimah, Taman Intan Perdana, Port Dickson, petang ini. JHEAINS merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama yang diberikan dalam mengurus perkara ini.

Sementara itu, menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, waris mewakilkan kepada jabatan berkenaan untuk menuntut jenazah terbabit.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …