ISU PAMPASAN TANAH KEM GEMAS SELESAI HUJUNG TAHUN – MB NEGERI SEMBILAN

Kerajaan Negeri Sembilan menyasarkan isu pampasan tanah Kem Syed Sirajuddin, Gemas yang tertangguh sejak lebih sedekad lalu dapat diselesaikan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, rundingan masih berjalan dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertahanan bagi memuktamadkan kaedah pembayaran pampasan tersebut.

Kerajaan Negeri sedang dalam rundingan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan jemaah menteri yang telah bersetuju untuk membuat bayaran.Cuma bagaimana bayaran itu akan dibuat sedang dirundingkan dengan baik. Pihaknya  berharap sebelum akhir tahun ini bayaran tersebut dapat diselesaikan.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya semasa Program Madani Rakyat 2025 peringkat Negeri Sembilan di Dataran Nilai pada 23 Ogos lalu, mengumumkan bahawa kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menyelesaikan bayaran pampasan tersebut.

Keputusan itu dimuktamadkan dalam mesyuarat jemaah menteri sebagai langkah menamatkan isu berpanjangan antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan. Isu pampasan tanah di Kem Gemas bermula sejak tahun 2013, melibatkan tiga lot tanah iaitu Parcel H, Parcel J dan Parcel L dengan nilai premium asal berjumlah RM2.162 bilion.

Bagaimanapun, Parcel J yang telah diwartakan sebagai kawasan Military Firing Ground sejak 1941 dikecualikan daripada bayaran, menjadikan jumlah pampasan yang perlu dijelaskan oleh kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri dikurangkan kepada RM1.272 bilion.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …