HOSPITAL TUANKU JAAFAR SEREMBAN HOSPITAL KEDUA LAKSANAKAN PROGRAM MENU RAHMAH

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meneruskan peluasan Program Menu Rahmah@Hospital di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, menjadikan hospital kedua di negara ini yang melaksanakan inisiatif itu selepas Hospital Tuanku Fauziah, Perlis.

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Dr Fuziah Salleh, pihaknya percaya program berkenaan akan memberi manfaat bukan saja kepada pesakit, tetapi juga kepada pengunjung serta petugas kesihatan yang sentiasa berkhidmat untuk masyarakat.

Sebagai hospital rujukan utama di Negeri Sembilan dengan 23 kepakaran klinikal, HTJ menampung purata 5,023 kemasukan pesakit dan 32,665 pesakit luar setiap bulan. Dengan kapasiti ini, kerajaan percaya program Menu Rahmah@Hospital ini akan memberi manfaat besar kepada pesakit, pengunjung dan petugas kesihatan di hospital ini.

Sejak dilancarkan pada Januari 2023, lebih 3,106 premis makanan di seluruh negara menyertai program Menu Rahmah di bawah Payung Rahmah Kerajaan MADANI. Inisiatif ini memberi peluang kepada golongan B40, pelajar, warga emas serta pekerja menikmati makanan seimbang dan sihat pada harga serendah RM5.

Menu RAHMAH@Hospital bukan sekadar usaha menurunkan kos sara hidup, tetapi ia adalah komitmen kerajaan untuk memastikan setiap pesakit, pengunjung dan warga kerja hospital dapat mengakses makanan berkualiti, sihat dan berpatutan.

KPDN berharap pembabitan lebih banyak hospital di seluruh negara membabitkan bukan sekadar hospital awam bahkan hospital swasta dalam program berkenaan. Usaha ini boleh dijayakan melalui kerjasama rentas kementerian dan agensi serta sokongan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menjadi tonggak penting ekosistem makanan tempatan.

Selain di hospital, KPDN turut memperluas inisiatif ini melalui Menu Rahmah@Bazar Ramadan, industri, institusi pendidikan dan advokasi berterusan menerusi Karnival KPDN serta Program MADANI Rakyat. Melalui Menu Rahmah@Hospital ini, kerajaan berusaha memastikan tiada sesiapa yang terpinggir daripada menikmati makanan berkhasiat, seimbang dan berpatutan.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

RUMAH TERBUKA TAHUN BAHARU CINA PERINGKAT NEGERI DI SICC 17 FEBRUARI

JAFRY KOTA KINABALU: Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri akan diadakan pada 17 Februari ini bermula jam …

EDAR SERBUK EKSTASI, KETAMIN LELAKI DITAHAN JSJN SABAH

TUMPAS: Rampasan dan tangkapan dadah direkodkan JSJN Sabah. PENAMPANG: Kegiatan seorang lelaki mengedar dadah jenis serbuk ekstasi dan ketamin terbongkar …

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JUALAN …