INISIATIF BELANJAWAN NEGERI SEMBILAN 2026 MENGAMBIL KIRA KEPERLUAN RAKYAT

Konsultasi Belanjawan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan 2026 telah berlangsung selama tiga hari dengan menghimpunkan Ahli Exco Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerajaan Perpaduan dan Ketua-Ketua Jabatan di Rasa Sayang Resort and Spa, Pulau Pinang.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun, sebanyak 14 Jawatankuasa Bertindak telah membentangkan cadangan inisiatif Belanjawan Negeri Sembilan 2026 yang akan dibentangkan pada Disember 2025 nanti. Setiap permohonan inisiatif yang dikemukakan mengambil kira keperluan rakyat di samping mempertimbang kemampuan kewangan Kerajaan Negeri.

Beliau meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada jabatan yang telah memohon inisiatif dapat melaksanakan perbelanjaan secara cekap berpandukan tatacara kewangan agar dapat memberi impak tinggi kepada rakyat di samping memastikan setiap projek yang dirancang dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Pejabat Kewangan Negeri dan Perbendaharaan Negeri di atas kejayaan melaksanakan konsultasi belanjawan kali kelapan sejak saya diberi amanah menjadi Menteri Besar pada tahun 2018 lagi.

Sumber: Negeri Kita

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …