Melaka – YAB Ketua Menteri meninjau persiapan di Encore Melaka, lokasi Majlis Makan Malam Gala sempena 19th ASEAN Ministerial Meeting on Transnational Crime (19th AMMTC 2025) and Its Related Meetings, yang bakal berlangsung pada malam Khamis ini.
Turut bersama dalam lawatan ini ialah Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri; YB Datuk Wira Azhar Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; dan YB Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri.
Pemilihan Melaka sebagai lokasi 19th AMMTC 2025 adalah suatu penghormatan besar buat Kerajaan Negeri Melaka dan pastinya kerajaan negeri akan memanfaatkan peluang ini untuk memperkenalkan Encore Melaka yang bertaraf dunia, di samping menyerlahkan keunikan seni, warisan dan budaya negeri Melaka yang kaya dengan kepelbagaian.
Kepada semua delegasi 19th AMMTC 2025 yang hadir, Melaka bersedia menyambut dengan hospitaliti bertaraf dunia. Inilah peluang terbaik untuk membuktikan keistimewaan Melaka di pentas antarabangsa.
Sumber : FB Ab Rauf Yusoh (YAB Ketua Menteri Melaka)



