𝐏𝐌𝐗 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈-𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐈 𝐉𝐄𝐍𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐑𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍 (𝐀𝐌𝐌𝐓𝐂) 𝐊𝐄-𝟏𝟗 𝐃𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀

Melaka – YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) Ke-19 Tahun 2025 di Hotel DoubleTree by Hilton, Melaka.
Turut hadir sama, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri; YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri;  Dr Kao Kim Hourn, Setiausaha Agung ASEAN; serta delegasi Menteri-Menteri ASEAN.
Mesyuarat yang menghimpunkan lebih 300 delegasi serantau ini menjadi platform penting ASEAN dalam memperkukuh kerjasama memerangi jenayah rentas sempadan termasuk pemerdagangan manusia, ekstremisme, keganasan siber, pengedaran dadah, jenayah kewangan, pemalsuan dan penyeludupan senjata api.
Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah adalah suatu penghormatan besar. Selain memperteguh imej negeri dalam agenda keselamatan serantau, ia juga memperlihatkan keyakinan dunia terhadap Melaka sebagai destinasi strategik menjelang Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 pada 27-29 September ini.
Melaka bukan sekadar kota warisan, tetapi juga destinasi pertemuan yang menggamit dunia!
Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …