ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐌𝐏𝐏 𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁 π™πŽπ 𝟐

Β πŸ• π’πžπ©π­πžπ¦π›πžπ« πŸπŸŽπŸπŸ“ – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Labuan pada hari ini telah menghadiri Program Sambutan Hari Malaysia MPP Labuan Sub Zon 2 yang bertempat di Dewan Komuniti Kampung Patau-Patau 1. Program ini merupakan anjuran MPP Labuan Sub Zon 2 dengan kerjasama MKN WP Labuan, Jabatan Penerangan (JAPEN) WP Labuan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) WP Labuan dan Muzium Labuan serta kerjasama strategik agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Program telah dirasmikan oleh Encik Simsudin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan. Program turut dihadiri oleh Encik Mohamad Faizuwan bin Mastapar (Penolong Pengarah MKN Labuan), Encik Azman bin Sipan (Pengarah JAPEN Labuan), Encik S Roslee Matusin (Pengerusi MPP Labuan) serta Tn Hj Chemat Hj Mustapha (Pengerusi MPP Labuan Sub Zon 2).

Program ini bertujuan untuk memperkukuh semangat patriotisme komuniti setempat serta menggalakkan penglibatan aktif penduduk dalam program berunsurkan perpaduan dan kemasyarakatan. Antara acara yang diadakan ialah ceramah daripada Muzium Labuan (Bicara Sejarah Labuan) & IPD Labuan (Bahaya Scammer), pertandingan mewarna, basikal berhias, pakaian kebangsaan dan sepakan penalti.

MKN Labuan telah menyampaikan ucapan yang menekankan peranan komuniti dalam aspek pengurusan keselamatan negara dan kepentingan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.Β  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR Β KOTA KINABALU: Sindiket β€˜bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …