DEKAT PUN DAMAI

Sumber: Travel Daily Media

 

Ketika ramai yang resah melihat ketegangan antara negara jiran, kita di Malaysia terus menikmati sebuah nikmat yang sering terlepas pandang iaitu keamanan dan kestabilan.

Dalam beberapa minggu ini, perkembangan hubungan antara Thailand dan Kemboja mula menarik perhatian serantau. Ia mungkin belum menjadi konflik bersenjata besar tetapi cukuplah mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan pelancong terutamanya mereka yang merancang untuk bercuti di kawasan sempadan atau destinasi utama pelancongan di negara-negara tersebut. Lalu muncul satu persoalan penting.

Adakah kita perlu mencari pengalaman luar, jika yang selamat dan indah ada di depan mata?

Malaysia menawarkan bukan sekadar pemandangan tetapi jaminan ketenangan. Dari panorama hijau di Kundasang, ke keindahan warisan sejarah di Melaka hinggalah kepada deretan pantai di Terengganu dan Langkawi yang mampu menandingi mana-mana pulau tropika di rantau ini. Segalanya tersedia tanpa perlu melintasi sempadan.

Lebih penting, pelancongan dalam negara adalah sumbangan terus kepada ekonomi tempatan. Setiap ringgit yang dibelanjakan, kembali kepada komuniti setempat. Peniaga kecil, pengusaha inap desa, penjual kraftangan dan anak muda yang menyanyi di pasar malam. Dalam waktu dunia penuh ketidakpastian, percutian bukan sekadar soal destinasi tetapi soal rasa selamat, tenteram dan yakin.

Dan Malaysia, tetap menjadi tempat terbaik untuk itu.

Justeru, kenapa perlu ke luar negara apabila pelukan damai dan pesona menanti di tanah sendiri?

Dekat pun cantik. Dekat pun cukup. Dekat pun damai.

Disediakan oleh:

Che Nur Syafiqkah Mohamad Fuzi

Artikel/Berita Terkini

AWAS DENGAN ‘PANGGILAN SENYAP’

CyberSecurity Malaysia (CSM) mendedahkan taktik terbaharu digunakan scammer iaitu melalui ‘panggilan senyap’. Satu pendekatan baharu yang dipercayai menjadi langkah awal …

PENIPUAN PELABURAN

Apakah Penipuan Pelaburan? Penipuan pelaburan melibatkan scammer yang meyakinkan mangsa untuk melabur dalam peluang palsu seperti saham, hartanah atau mata …

AWAS PENIPUAN TAWARAN KERJA (JOB SCAM)

Jenayah Job Scam terus meningkat di Malaysia dan menjadi antara modus operandi paling aktif digunakan sindiket pada tahun 2025. Scammer …