ISU AIR, KEMUDAHAN AWAM ANTARA FOKUS WRUR LENDU, SUNGAI UDANG

Ayer Limau – Masalah rakyat seperti tekanan air dan infrastruktur antara fokus yang akan diberikan perhatian sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu dan Sungai Udang dijadualkan bermula 18 Mei ini.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, antara program yang bakal dilaksanakan adalah gotong-royong dan perjumpaan  bersama wakil.

“Masing-masing empat program disusun bagi setiap DUN iaitu empat di Lendu dan empat di Sungai Udang. Kesemua program ini lebih kepada menyantuni masyarakat setempat menerusi portfolio saya.

“Kita juga akan melihat aspek bekalan air di kedua-dua DUN ini susulan aduan isu tekanan air rendah di beberapa kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Pelancaran Program Santuni MADANI Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang dirasmikan Ketua Pengarah MyIPO Kamal Kormin di Balai Raya Kampung Sungai Jerneh, di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Hameed berkata agensi di bawahnya kini sedang membuat kerja-kerja penyelenggaraan lampu-lampu jalan di bawah kedua-dua DUN terbabit.

“Di peringkat portfolio saya, kita sudah jalankan kerja-kerja awal. Kemungkinan akan ada pertambahan lampu-lampu jalan namun ia melihat kepada keperluan, jika tidak perlu kita laksanakan selenggara lampu sahaja yang mana lampu rosak digantikan baharu dan sebagainya,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut