SEREMBAN SENTRAL BAKAL UBAH SEREMBAN JADI PUSAT BANDAR MODEN, SELESA

Projek pembangunan bersepadu Seremban Sentral yang akan dimajukan oleh Sunway Bhd bakal mengubah bandar Seremban yang lama menjadi pusat bandar yang moden dan selesa, demikian menurut penganalisis. Ia dijangka dilancarkan seawal separuh kedua tahun 2026, dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sekitar RM2.2 bilion sepanjang tempoh pembangunan.

Projek itu bakal dibangunkan di atas tanah seluas 20.8 ekar yang dibeli daripada Railway Assets Corporation (RAC), bersebelahan Stesen Keretapi Seremban sedia ada, dan akan diintegrasikan dengan stesen baharu di bawah projek Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa 2 yang dijangka siap pada Disember 2028.

Ia merupakan usaha niaga pertama Sunway di Negeri Sembilan dan juga projek pembangunan berasaskan transit (TOD) bersepadu kedua selepas penglibatannya dalam pembangunan stesen Bukit Chagar bawah projek Rangkaian Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru-Singapura.

Menurut Penganalisis RHB Investment Bank, Loong Kok Wen,  pembangunan dijangka dilaksanakan secara berperingkat, dengan fasa pertama merangkumi Market Square pada suku ketiga 2026, blok pangsapuri perkhidmatan pertama pada suku pertama 2028 dan pusat beli-belah pada suku pertama 2029, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa tempatan dan situasi pasaran. Komponen pembangunan termasuk sebuah pusat beli-belah, pangsapuri perkhidmatan, pusat perubatan dan sambungan mesra pejalan kaki. Pihaknya percaya kehadiran pusat beli-belah moden akan memenuhi permintaan pengguna Seremban yang masih kekurangan pilihan gaya hidup kontemporari.

Sunway dijangka memanfaatkan kepakarannya dalam pembangunan TOD, seperti yang terbukti menerusi kejayaan Sunway City Kuala Lumpur dan Sunway Velocity di Cheras. Projek Seremban Sentral dijangka merangsang pertumbuhan ekonomi setempat serta meningkatkan daya tarikan pelaburan di Negeri Sembilan, khususnya dalam sektor hartanah, peruncitan dan penjagaan kesihatan. Lokasinya yang strategik berhampiran hab pengangkutan awam seperti KTM Seremban menjadikan ia contoh ideal pembangunan bersepadu mampan di bandar tahap dua.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …