HARIMAU KUMBANG DIKESAN LINTAS JALAN TEMIANG-PANTAI

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berwaspada ketika melalui Jalan Temiang-Pantai.

Menurut Pengarahnya, Faizal Izham Pikri, nasihat itu susulan penularan video mengenai seekor harimau kumbang yang dikesan melintas jalan berkenaan untuk ke hutan berhampiran.

Beberapa papan tanda amaran berkenaan laluan haiwan liar sebelum ini telah pun dipasang di kawasan itu. (Mengenai video tular) Unit Harimau Malaya pihaknya akan terus memantau perkara itu.

Hasil pemerhatian terhadap video yang tular itu, mendapati haiwan tersebut hanya melintas untuk menyeberangi ke hutan sebelah.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …